Persoalannya apakah Anwar cuba mencampuri urusan kehakiman yang telahpun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam baru-baru ini?

Bagi Pemuda UMNO hukuman satu tahun penjara ke atas bekas Penasihat Agama Lim Guan Eng itu masih boleh dianggap ringan berbanding pelbagai ungkapan penghinaan yang dilemparkan oleh Wan Ji melalui status Facebook beliau.

Sekiranya Malaysia mengamalkan undang-undang Lese-Majeste seperti di Thailand, tindakan-tindakan penghinaan seperti ini akan dihukum dengan berat oleh pemerintah. Di Thailand umpamanya seorang peguam terkenal Prawet Prapanukul dijatuhkan hukuman penjara 150 tahun kerana menghina raja. Malah mengikut laporan Kumpulan Peguam Thailand untuk Hak Asasi Manusia, sehingga 2017 sekurang-kurangnya 93 kes menghina raja membabitkan 138 individu didapati bersalah sejak tentera merampas kuasa. Apa sangat 1 tahun penjara jika dibandingkan apa yang berlaku di negara jiran Thailand!

Pemuda UMNO juga tertanya-tanya (i) Di mana suara parti-parti Melayu seperti PPBM dan PAN dalam Pakatan Harapan? (ii) Apakah pendirian sebenar PH apabila komponen mereka pertahankan pesalah jenayah yang jelas menghina institusi Raja? (iii) Apakah rakyat Malaysia masih boleh menyandarkan harapan kepada PH untuk memelihara dan mempertahankan kedaulatan institusi raja-raja sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan?

Penulis merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO

* Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Malaysia