Pesuruhjaya Pas negeri, Ahmad Yahaya berkata, Muhamad Radhi bersama-sama enam lagi AJK termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Datuk Najmi Ahmad dipilih dalam mesyuarat yang diadakan hari ini.

Menurutnya, ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md. Nor pula kini merupakan Timbalan Pesuruhjaya I, manakala AJK Pas Pusat, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi yang juga bekas Pesuruhjaya menduduki kerusi Timbalan Pesuruhjaya II.

“Timbalan Pesuruhjaya III, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman yang juga ADUN Tokai kekal di jawatan itu di samping Setiausaha Perhubungan, Musaddak Ahmad,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Antara muka baharu yang menganggotai barisan kepemimpinan Pas negeri ialah, Penolong Setiausaha II, Zulkifli Yahya dan Penolong Setiausaha III, Ismail Hashim.

Sementara itu, Pas negeri turut melantik Bendahari baharu iaitu Azizan Hamzah, selain jawatan Ketua Penerangan yang kini disandang ADUN Sungai Limau, Mohd. Azam Abd. Somad dan Pengarah Pilihan Raya, Wan Romani Wan Salim. - UTUSAN ONLINE