Lagu itu difahamkan turut didendangkan bagi merapatkan ukhuwah yang tidak berbelah bahagi biarpun terdapat beberapa ahli sayap parti itu keluar termasuk belas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Malah rata-rata perwakilan seakan-akan tidak dapat menahan sebak apabila mendendangkan lagu berkenaan mengenang perjuangan mereka selama ini biarpun menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran.

Bagaimanapun, perwakilan terus kelihtan bersemangat apabila Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menunjukkan tanda bagus kepada mereka agar terus kuat dalam berjuang dan mengembalikan semula kepercayaan kepada parti itu. - UTUSAN ONLINE