Pengerusinya, Chua Chin Hui berkata, empat buah kerusi itu merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

Beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti kerusi-kerusi strategik yang mampu memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) di negeri ini.

“Pada PRU-14 lalu, kita hanya bertanding satu kerusi sahaja di negeri ini iaitu DUN Galas.

“Kali ini kita akan kemukakan hasrat itu kepada pimpinan PH di peringkat negeri dan pusat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Penubuhan DAP Cawangan Kelaboran dan Wakaf Bharu di Dewan Tabika Kemas sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pengerusi DAP negeri, Ahmad Sabri dan Naib Pengerusinya, Datuk Azhar Rani.

Chin Hui memberitahu, setakat ini DAP sudah mempunyai 26 cawangan yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di negeri ini.

“Sehingga kini, DAP Kelantan sudah ada 5,000 keahlian di seluruh negeri.

“Paling mengejutkan DAP telah berjaya membuka cawangan di kubu kuat Pas di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE