Menerusi perkongsian dalam laman Facebook rasminya, Abdul Hadi meluangkan masa untuk memancing semasa membuang unjam untuk menarik kehadiran lebih banyak ikan ke kawasan program itu dijalankan.

“Hari ini saya menyertai aktiviti membuang unjam bagi program Terengganu Tenggiri Challenge untuk menarik kehadiran banyak ikan di Pulau Kekabu, Marang.

“Semoga program ini dapat menarik minat ramai pemancing dan pelancong untuk datang ke Terengganu,” katanya ringkas di sini hari ini.

Video Abdul Hadi berjaya menaikkan tenggiri seberat 10 kilogram itu dimuat naik dalam ruangan ‘story’ Facebook rasminya. - UTUSAN ONLINE