Katanya, keputusan untuk bertading itu bukan memecahkan undi terhadap calon PH.

Katanya, dalam saman terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB) atas dakwaan cuai dalam pengurusan takungan air Ringlet di Empangan Sultan Abu Bakar (ESAB) yang mengakibatkan banjir pada Oktober 2013, Manogaran bertindak sebagai peguam yang mewakili plantif iaitu peniaga dan petani di Lembah Bertam.


“Isu minta bayaran sebanyak 20 peratus daripada jumlah pampasan itu benar dan ia bukanlah kes tersembunyi kerana perkara itu telah pun dibawa dalam mesyuarat dan dibincangkan secara bersama pada 28 November lalu.


“Bagaimanapun, tuduhan yang mengatakan saya bertanding dalam PRK ini kerana tidak puas hati dengan permintaan Manogaran itu dan mahu memecahkan undi beliau adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam sidang akhbar di Tanah Rata di sini hari ini.


Menurut Seng Yee, tujuannya menawarkan diri untuk bertanding pada PRK Parlimen itu adalah bagi membawa suara golongan petani di sini yang berhadapan pelbagai masalah untuk pengetahuan umum.


Malah katanya, segala permasalahan yang telah dikenal pasti itu juga dimasukkan dalam manifestonya sepanjang kempen PRK tersebut berlangsung.


“Tuduhan itu (tidak puas hati) tidak benar. Saya faham dan kenal Manogaran. Beliau peguam yang profesional. Kami tidak bergaduh dan tidak ada sebarang rasa tidak puas hati.



“Kami selesaikan semua permasalahan dengan baik dan munasabah selain tiada langsung permusuhan antara kami berdua. Hari ini saya mahu selesaikan semua tuduhan tidak benar antara saya dan Manogaran,” katanya.-UTUSAN ONLINE