Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil berkata, memberi apa-apa kenyataan yang boleh dianggap sebagai berbaur kepentingan politik malah tidak adil atau tidak benar dari segi fakta.

“Beliau tentunya tahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah suatu institusi untuk semua rakyat tidak kira kerajaan atau pembangkang dan bukan hanya untuk Pakatan Harapan (PH).

“Jika ingin buat kenyataan seperti ahli politik, letaklah jawatan sebagai Ketua Polis Negara dan jadi ahli politik. Saya pasti di sudut hati kecilnya dia pun tentunya tahu sebab utama kerajaan PH sekarang goyang bukanlah kerana salah pembangkang tetapi kerana salah kerajaan dan pemimpin-pemimpin kerajaan PH sendiri,” katanya seperti dilaporkan portal UMNO Online yang memetik status akaun Facebook miliknya hari ini.

Semalam dalam satu wawancara bersama The South China Morning Post, Abdul Hamid berkata, adalah perkara biasa bagi parti yang tersingkir untuk cuba untuk melemahkan parti yang menang.

“Saya kata bahawa kebiasaannya berlaku seperti itu ketika ada pertukaran kerajaan. Saya tidak menuduh sesiapa tetapi saya kata perkara seperti itu biasa berlaku. Parti yang tersingkir akan cuba melemahkan parti yang menang, semudah itu,” katanya ketika minta mengulas kenyataannya dalam wawancara itu.

Tambah Isham, keharmonian negara semakin diganggu-gugat adalah disebabkan pemimpin-pemimpin kerajaan dan bukan pihak pembangkang.

“Yang bawa isu perkauman di pilihan raya-pilihan raya kecil seperti di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau adalah pemimpin-pemimpin kerajaan PH.

“Yang jadikan isu tulisan Jawi ke sekolah vernakular adalah menteri kerajaan PH, dan yang memanggil orang ‘racist’ pun Perdana Menteri kerajaan PH juga. Yang nak hantar Zakir Naik balik India adalah ahli-ahli politik kerajaan PH,” tegasnya. - UTUSAN ONLINE