Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu jelas apabila kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu hanya berlandaskan fitnah kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan memperdayakan rakyat.

“Kerajaan hari ini memang kerajaan yang karut, buka mulut bodoh. Saya tiru cakap Abas (Datuk Yahya Mat Ghani). Dia selalu cakap begitu, kerajaan PH ni kalau buka mulut bodoh.

“Memang betul, menterinya umum sana sini tapi semua mengarut. Dasar baharu tiada, harga getah turun, kita kata bagi RM200 sebulan masa musim tengkujuh tapi dia kata rugi, jadi apa cadangannya, menoreh masa hujan.

“Teresa Kok (Menteri Industri Utama) pokok getah pun dia tak kenal. Kalau kita bagi dia susu getah campur dengan sirap sikit pun, memang dia minum,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Pewakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani dan Timbalan Yang Dipertua Pas Lembah Pantai, Fauzi Abu Bakar. - UTUSAN ONLINE