Walau bagaimanapun, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memaklumkan secara terperinci pindaan yang akan dibuat.

Beliau hanya memaklumkan, pindaan perlembagaan itu penting bagi menentukan hala tuju parti lebih jelas, mantap dan kukuh.

“Berdasarkan perkembangan terkini dan hala tuju yang lebih jelas, perjuangan parti hendaklah lebih mantap dan kukuh, maka pindaan ini dicadangkan supaya Bersatu terus ke hadapan selain dapat memikul tanggungjawab lebih besar khususnya dalam membela nasib rakyat.

“Saya sedar bahawa pindaan ini bukanlah satu keputusan yang muktamad kerana pada masa akan datang akan ada perkembangan baharu yang memerlukan penelitian fasa baru yang tidak sesuai dan perlukan perubahan serta tambah baik demi kebaikan semua pihak,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Khas Bersatu di MAEPS Serdang, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Muhamad; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Srikandinya, Datuk Seri Rina Harun dan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sesi perbahasan Perhimpunan Agung Khas Bersatu itu yang akan membincangkan pindaan dimaksudkan oleh Muhyiddin dijalankan secara tertutup. - UTUSAN ONLINE