Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, buat masa ini, tolak ke tepi dahulu tentang persoalan kerajaan perpaduan sebalik­nya keutamaan perlu diberikan dalam merubah struktur dalaman dan luaran parti.

Katanya, kepemimpinan par­ti di peringkat bahagian dan cawangan juga perlu memikirkan pendekatan ideal, namun berimpak tinggi dalam merapatkan hubungan dengan orang Melayu supaya mereka rasa dilin­dungi.

“Kita juga mesti betul-betul kenal pasti ahli yang ingin bersama supaya parti boleh berge­rak dalam keadaan pembangkang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Pre­siden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berharap, tidak wujud pertelingkahan sesama sendiri dan perkukuhkan solidariti dalam kalangan kepemimpinan serta akar umbi.

Tegas beliau, semua pihak perlu bergerak seiring, sehati dan sejiwa sebagai sebuah parti Melayu yang kuat.

“Kita kena bergerak ke seluruh negara sebab dari segi keahlian semua sudah ada, kita ada ahli dan struktur organisasi, kita bergerak sebagai satu parti.

“Jangan bergaduh, jangan timbulkan masalah bagi ada solidariti di antara kita,” katanya.