Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP), Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sebagai parti pembangkang, Pas akan proaktif dalam memperjelaskan isu-isu semasa kepada rakyat terutama berkaitan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh kerajaan PH.

“Kerjasama ini dilihat bermula dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) dan kita akan melihat sebarang perkembangan selepas ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas mendengar ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE