Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, Mohamed Azmin seharusnya diberi ruang untuk memberi tumpuan kepada kerja-kerjanya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang dipertanggungjawabkan oleh Perdana Menteri.

“Anwar pula perlu bersabar. Apa yang digembar-gemburkan (pertelingkahan antara Anwar dan Mohamed Azmin) melambangkan politik yang kurang sihat.

“Anda berdua bantulah Tun M (Dr. Mahathir) untuk membina semula negara daripada berpolitik untuk kepentingan diri. Biarkan rule of law (kedaulatan undang-undang) tentukan isu video seks berkenaan, bersangka baiklah,” kata Menteri Pembangunan Usahawan itu kepada Utusan Malaysia hari ini. - UTUSAN ONLINE