Naib Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd. Fauzi berkata, ahli-ahlinya perlu mengambil iktibar dan menjadi lebih agresif dalam media sosial terutamanya menepis fitnah serta mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti.

“Kekalahan yang lepas janganlah diratapi sebaliknya ambil pengajaran untuk menguatkan parti. Corak perjuangan mungkin tidak sama dengan nenek moyang kita dulu.

“Modus operandi pada zaman modem ini hanya berperang menggunakan telefon dan media sosial. Itulah yang mereka gunakan, sehingga kita kalah dan hilang kuasa di tanah air kita sendiri,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE