Ini selepas polis membebaskan dengan jaminan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin itu semalam, setelah terdahulu dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ketika hendak berlepas ke Manila.

Timbalan Ketua PKR Cabang Kapar, K. Vasantha Kumar berkata, keyakinan pihaknya utuh bersama Mohamed Azmin dan pada masa yang sama memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu termasuk di dalam PKR sendiri agar tidak menangguk di air keruh dalam isu berkenaan.

“Kita minta polis siasat segera dan ambil tindakan tegas ke atas Haziq agar kes ini dapat diputuskan, kita tidak mahu polimek politik jahat ini berterusan kerana kepimpinan negara perlu bergerak ke hadapan memadangkan masih banyak isu melibatkan kepentingan rakyat perlu diberikan perhatian.

“Kepada pihak tertentu seperti Otai Reformis jangan cuba hendak menjadi hero dengan memberikan cadangan beremosi serta dangkal kepada Putrajaya,” katanya sambil ditemani kira-kira 50 ahli PKR Kapar selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE