Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin

Malahan negara akan lebih makmur dan aman kerana Islam mengajarkan keadilan dan menjaga hak semua manusia di dunia.

Punca utama yang menjadikan rakyat berbilang kaum berpecah adalah mengasingkan semua bangsa melalui sekolah aliran masing-masing. Ini adalah punca sebenar.

Saya tidak mengatakan sekolah aliran persendirian tidak bagus. Tetapi ia lebih banyak kemudaratan berbanding sekolah kebangsaan.

Rakyat di Malaysia berbilang kaum dan sekolah kebangsaan adalah sekolah yang sepatutnya menjadi asas kepada pengenalan, penyatuan dan perpaduan pelbagai bangsa.

Kalau benar sekolah vernakular baik, kenapa ramai orang cina Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu? Itu persoalannya.

Saya yakin penyatuan UMNO dan Pas akan lebih memberi manfaat kepada rakyat pelbagai bangsa di Malaysia kerana orang Melayu Islam kalau bersatu, tidak akan ada penindasan terhadap kaum lain.

* Penulis ialah Exco Pergerakan Pemuda UMNO

** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Online