Lebih 1,000 penduduk memilih untuk mendengar ceramah BN berbanding Pakatan Harapan (PH) yang dihadiri kurang 100 orang.

Kedua-dua ceramah berkenaan dijalankan dalam kawasan pangsapuri yang sama dengan perbezaan jarak kira-kira 100 meter.

Kehadiran Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ke tempat ceramah PH ternyata gagal menarik perhatian pengunjung.

Ceramah MB Selangor

SURAM... Suasana suram program Pakatan Harapan (PH) yang diadakan serentak dengan Program Ceramah Barisan Nasional di Pangsapuri Baiduri, Taman Tasik Kesuma, Branang, Selangor malam tadi. - UTUSAN ONLINE/MUHAMAD IQBAL ROSLI

Kebanyakan pengunjung yang hadir tanpa rasa malu bersorak dan berkali-kali melaungkan slogan, 'malu apa bossku'.

Selepas berucap, Najib kemudiannya melawat perniagaan trak makanan dalam perkarangan pangsapuri tersebut. - UTUSAN ONLINE