HAHASRIN HASHIM
HAHASRIN HASHIM

Ketuanya,  Hahasrin Hashim berkata, Pemuda UMNO negeri  juga menggesa supaya beliau mampu memberikan kerjasama dalam proses transisi tampuk kepimpinan UMNO.

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atas jasa yang telah diberikan sepanjang beliau menerajui tampuk kepimpinan parti UMNO,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, beliau yang mewakili 26 Ketua Pemuda UMNO bahagian di negeri ini turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-72 buat parti keramat UMNO, parti yang telah sekian lama menjadi wadah perjuangan orang Melayu sejak dari zaman menuntut kemerdekaan.

Pada masa sama, katanya, mereka turut rasa rendah diri memohon kemaafan kepada semua ahli UMNO dan jentera parti kerana sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Johor mereka gagal mempertahankan negeri ini dan parti.

“Namun, kami menyeru kepada semua ahli UMNO untuk menganggap ini hanya sebagai permulaan kepada suatu perjuangan yang lebih besar dan penuh bermakna bagi mengembalikan cahaya perjuangan UMNO dan seterusnya mendapatkan semula mandat daripada rakyat Malaysia untuk memerintah,” katanya. - UTUSAN ONLINE