Ketua Pemuda MCA negeri, Ling Tian Soon berkata, hal ini kerana terdapat kenyataan dibuat segelintir pihak yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum.

"Kita dilahirkan, hidup, membesar di tanah air yang multietnik dan multiagama. Kita sepatutnya saling bertolak ansur dan menghormati satu sama lain.

"Walaupun terdapat perbezaan, kita perlu hidup secara harmoni di bawah bumbung yang sama iaitu sebuah negara bernama Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah Tian Soon, negara ini memerlukan lebih ramai pemimpin yang bersifat sederhana, rasional dan bertoleransi dalam berhadapan dengan setiap isu melibatkan rakyat. - UTUSAN ONLINE