“Tidak ada perubahan dalam barisan kepemimpinan kerajaan,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan melalui laman Facebook agensi itu hari ini.

Kenyataan tersebut turut dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman Facebook dan Twitter beliau.

Penjelasan Pejabat Perdana Menteri itu sekali gus menjawab persoalan orang ramai tentang spekulasi kononnya rombakan Kabinet akan berlaku dalam masa terdekat.