MOHD. HUSHAIMI

Wakil Dewan Pemuda Pas Kelantan, Mohd. Hushaimi Hussin berkata, kesepakatan itu penting bagi mengembalikan kegemilangan Islam di tanah air tercinta ini.


“Selain itu, untuk melihat Islam terus terbela, Pemuda Pas perlu turun padang dan memberikan keterangan kepada orang muda bahawa memilih pemimpin bukan perkara remeh dan akan disoal pada hari kiamat nanti.


“Pemuda Pas juga perlu turun padang bagi menggerakkan daftar pengundi dan melaksanakan pemerkasaan dalam akidah umat Islam di negara ini,” katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat Ke-60 di Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini hari ini.


Mohd. Hushaimi berkata, Pemuda Pas juga perlu memperkasakan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti Islam dalam aspek pembangunan masyarakat dan negara.


“Dewan Pemuda Pas perlu pandai membina hubungan dan kerjasama dengan NGO agar mampu bergerak seiring dalam aspek pembangunan negara,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE