Kejayaan itu terhasil dengan penyerahan surat pelantikan kepada jawatankuasa penyelaras negeri dan ketua-ketua penaja Putra bahagian dalam majlis yang diadakan di Kota Kinabalu hari ini.

Ibrahim turut hadir ke majlis itu dan dalam ucapannya menzahirkan rasa teruja kerana keunikan di Sabah apabila terdiri daripada pelbagai etnik serta kejayaan partinya menubuhkan bahagian masing-masing.

Katanya, Putra Sabah diberi mandat untuk membawa dan memperjuangkan isu bumiputera Sabah sepenuhnya dan mencadangkan agar isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diberi fokus kerana telah terlalu lama tertangguh.

Yang turut hadir dalam majlis sama ialah Ketua Wira Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif.

Majlis dimulakan dengan penyerahan borang ikrar sumpah dan taat setia kepada semua Jawatankuasa Penyelaras dan Ketua-Ketua Bahagian Sabah dengan seramai 23 daripada 25 Ketua Penaja Bahagian telah dikenal pasti. - UTUSAN ONLINE