Empat rangkap pantun disampaikan Abdul Hadi itu menyentuh kepada prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta mengenai hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau yang berlangsung esok.

‘Buah salak buah kedondong,

Dipungut kumpul dalam baldi

Bukan salah ibu mengandung,

Silap pangkah undi.

‘Sila mengundi dengan cermat

Kalau rosak nanti gugur

Pilihan kami adalah Tok Mat

Hebat menasihat, cekap menegur.

Undi rosak jadinya gugur,

Pendiriannya pula tidak tegap

Pilih yang hebat dapat menegur

Dalam memilih cakapnya gagap

Pendirian pula tidak cekap,

Semua dibawa jatuh bertabur

Kalau pilih hujahnya gagap

Nanti menyesal sampai ke kubur.’

Sementara itu, menurut Abdul Hadi lagi, rakyat perlulah memilih pemimpin yang mampu berterus-terang kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

“Ada yang ketika di tempat orang Melayu pakai Melayu, tempat India pakai India, tempat Cina pakai Cina. Tempat kuliah Maghrib (beri) kuliah Maghrib, tempat menari, menari.

“Ucapan saya ini tiada kena-mengena dengan mereka yang hidup atau yang sudah mati,” katanya sambil disambut ketawa hadirin yang mengetahui individu yang dimaksudkannya itu. - UTUSAN ONLINE