Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Amanah Perak, Akhiruddin Taib selepas proses undian dan pengiraan undi selesai.

Mohamad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat tewas setelah tidak mendapat undi 15 teratas.

Pada pemilihan hari ini, seramai 70 perwakilan mengundi memilih 15 ahli jawatankuasa daripada 22 calon yang bertanding.

Keputusan menyaksikan kesemua 15 ahli jawatankuasa baharu terdiri daripada muka lama dan mereka kemudiannya bermesyuarat melantik Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Amanah bagi kawasan berkenaan.

Badrin Abdul Khalid kekal sebagai Ketua Amanah Kawasan Gopeng manakala Shahari Anuar Ibrahim dilantik sebagai Timbalan manakala Jawatan Naib Ketua disandang Mat Razali Abdul Rahman serta Abdul Aziz Omar. - UTUSAN ONLINE