Beberapa pilihan raya umum (PRU) sebelum ini pernah terpalit dengan isu pengundi hantu sehingga wujud beberapa pihak menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pemilihan semula.

Menurut beliau, isu berkenaan berjaya meraih kepercayaan berjuta rakyat sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan termasuk insiden 'blackout' ketika undian sedang dikira.

"Nak tanya berapa pengundi hantu dan tempat mengundi yang mengalami ‘blackout’ semasa PRU telah berjaya dikesan?

"Kalau tak dapat kesan puluhan ribu pengundi hantu atau berpuluh lokasi ‘blackout’ pun, takkan satu atau dua orang pengundi hantu dan lokasi ‘blackout’ pun tak dapat dicari?" soalnya dalam satu perkongsian status Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan bahawa isu pengundi hantu dan 'blackout' hanya sekadar persepsi penyokong pembangkang ketika itu apabila kerajaan sekarang gagal membuktikan kewujudannya.

"Ini isu besar yang berjuta Rakyat Malaysia pernah percaya bulat-bulat. Hari ini, PH dah hampir 16 bulan memerintah.

"Sekarang PH dah lama ambil alih semua jentera kerajaan termasuk pihak polis, pihak kastam, pihak imigresen dan SPR," ujarnya. - UTUSAN ONLINE