Persoalan itu dibangkitkan susulan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berhasrat melancarkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) khas untuk warga dari dua negara tersebut.

Beliau turut menyindir tindakan Naib Presiden PKR itu.

“Menteri Perumahan kita nak lancarkan Kempen Pemilikan Rumah untuk warga Hong Kong dan China pulak.

“Bijak! Bijak! Dia ni menteri untuk Malaysia atau menteri untuk Hong Kong dan China?” katanya dalam status akaun Facebook miliknya, hari ini.

Terdahulu, Zuraida bercadang menganjurkan HOC khas bagi pembeli di China dan Hong Kong dengan menyasarkan penjualan kediaman mewah.

“Saya memikirkan unit yang belum dijual di pasaran mewah, kini bernilai RM100 bilion. Jadi, saya fikir kita mahu menganjurkan kempen HOC di China atau Hong Kong,” kata Zuraida. - UTUSAN ONLINE