“Itu semua cicak mengkarung,” katanya ketika ditemui pada majlis Kenduri Rakyat di Dewan Semai Bakti Felda Keratong 8 di sini malam ini.

Diminta memperincikan perkara berkenaan, beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, ‘itulah jawapan saya’ dan tidak mengulas lanjut.

Sekretariat Suara Rakyat diketuai Lokman hari ini dilapor mengadakan perhimpunan berdekatan pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur bagi mendesak Mohamed Azmin meletak jawatan susulan klip video seks songsang yang didakwa melibatkan Timbalan Presiden PKR itu sejak 11 Jun lepas.

Pada 24 Jun lepas, Mohamed Azmin dilapor menyifatkan Lokman sebagai ‘cicak mengkarung’ berhubung isu video seks sejenis yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Mohamed Azmin menegaskan tindakan Lokman yang mahu beliau menjalani ujian poligraf bagi membuktikan dirinya tidak bersalah dalam kes itu dilihat seperti mahu mendahului siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - UTUSAN ONLINE