Kedua-dua parti sebelum ini meramalkan lebih 10,000 orang akan hadir ke perhimpunan tersebut terdiri daripada pemimpin parti, ahli dan penyokong kedua-dua parti serta parti gabungan masing-masing.

Persiapan program itu juga menjadi antara intipati Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan hari ini di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Perkara itu disahkan kepada Utusan Online oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menghadiri mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Program itu yang berlangsung selama dua hari dengan kemucaknya pada 14 September apabila kedua-dua parti akan menandatangani piagam kerjasama UMNO dan PAS oleh kedua-dua Presiden parti berkenaan yang dilihat bakal mengukuhkan blok pembangkang dengan hasrat menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam.-UTUSAN ONLINE