Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong memberitahu, Mei Fun yang juga bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meluahkan hasrat meletakkan jawatan bagi melanjutkan pengajian di Universiti Peking, China.

Jelas Ka Siong, Mei Fun telah bertanggungjawab memulihkan MCA selepas kekalahan parti itu dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tahun lalu.

“Bagi pihak jawatankuasa pusat dan semua ahli, saya mengucapkan terima kasih kepada Mei Fun atas perkhidmatannya kepada parti selama lapan bulan yang lalu.

“Saya menerima peletakan jawatannya dengan hati yang berat, kami berharap beliau berjaya dalam akademik dan akan menunggu kepulangannya untuk berkhidmat kepada parti dan negara,” katanya seperti dipetik portal Malaysiakini, hari ini. - UTUSAN ONLINE