Md. AlwiChe Ahmad

Perasaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas itu turut dikongsi bersama 994 perwakilan yang berada di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Md.Alwi berkata, UMNO akan pupus tanpa sayap wanita kerana golongan itu adalah tulang belakang untuk parti ini.

Ketika ditemui di luar dewan, Ketua Pembangkang Kelantan itu berkata, peranan wanita dalam parti penting kerana mereka bukan sahaja tulang belakang tetapi kemungkinan selepas ini akan menjadi badan kepada UMNO.

Berkongsi pengalaman hidupnya, Md.Alwi berkata, pengorbanan ibunya yang bersusah-payah membesarkan anak-anak seharusnya menjadi teladan kepada perwakilan untuk meneruskan perjuangan UMNO.

“Kekuatan kita ada pada Wanita. Wanitalah tempat kita bergantung, sekarang orang zalimi kita, orang hina Melayu. 

“Jadi usahlah meratapi kekalahan. Ibu-ibu sekalian jaga diri, anak-anak dan masyarakat agar masyarakat terus bersama kita,” katanya.

Md. Alwi dalam masa sama memuji perjuangan ahli-ahli Wanita kerana dalam keadaan yang dihadapi UMNO ketika ini golongan itulah yang kuat, cekal dan masih bertahan jika dibandingkan dengan lelaki yang gagah serta puteri yang muda namun keluar parti.

Sehubungan itu, beliau menggesa Wanita UMNO terus menjadi pembimbing dalam usaha untuk memulihkan dan mengembalikan semula perjuangan sebenar UMNO. - UTUSAN ONLINE