Penafian tersebut dibuat pihaknya menerusi laman Facebook Media Rasmi Bersatu Johor.

"Isu ugutan terhadap pentadbir negeri merupakan satu fitnah jahat dan bertujuan untuk menimbulkan persepsi kurang baik masyarakat pimpinan Bersatu negeri," jelas Mazlan dalam Facebook tersebut.

Terdahulu, wujud dakwaan mengatakan Mazlan selaku Pengerusi Bersatu negeri mengugut seorang pegawai kerajaan untuk memastikan premis di Pasir Gudang yang disita dibenarkan beroperasi semula. - UTUSAN ONLINE