Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, walaupun belum muktamad, namun ity adalah berita yang menyedihkan kerana kerajaan sepatutnya membela nasib rakyat tetapi jelas tidak mampu berbuat demikian.

Beliau turut mempersoalkan apakah menteri yang diberi mandat oleh rakyat menerima gaji puluhan ribu tidak berupaya menjana pendapatan bagi menampung kos berkenaan.

“Perkara itu secara tidak langsung memberi gambaran betapa lemah pentabiran Putrajaya hari ini dan tidak mempunyai kebijaksanaan untuk mengurus perkara sebegitu.

“Kerajaan PH yang dikuasai DAP sememangnya cukup lemah dan gagal menarik pelaburan serta meningkatkan pendapatan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, janji populis mereka untuk menghapuskan GST sudah menyebabkan kerajaan hilang pendapatan berbilion ringgit dan gagal diganti dengan sumber baharu

Sehubungan itu, Mohd. Hairi berkata, sebagai menyahut seruan yang dibuat itu, Datuk Seri Borhan dan menteri yang bergaji puluhan ribu terlebih dahulu mempraktikkannya dengan meninggalkan apa yang dinikmati kini kepada skim kontrak yang akan dipraktikkan. - UTUSAN ONLINE