Tiga fokus tersebut ialah meningkatkan lagi kecekapan urus tadbir kerajaan dan parti, memperkasakan modul pendidikan serta memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan wanita bertaraf dunia.

Pastinya, pembangunan usahawan wanita bertaraf dunia akan menjadi ukuran utama sama ada Srikandi mampu menjadi wadah perjuangan wanita yang baharu walaupun masih setahun jagung dalam arena pilitik negara.

Perkara itu diakui oleh Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Mohd. Harun bahawa rata-rata ahli Srikandi masih baharu dalam bidang politik dan perlu dibimbing sebaik mungkin bagi melaksanakan setiap agenda dan program yang dirancang.

Walaupun pelbagai program telah diatur, namun apa yang menjadi persoalan ialah kemampuan Srikandi menjaya­kan wawasan tersebut.

Hal ini kerana figura yang menonjol dalam perjuangan sayap Bersatu itu hanyalah ketuanya iaitu Rina.

Jika dibandingkan de­ngan sayap wanita dalam parti gabungan Pakatan Harapan, Srikandi juga dilihat kurang menyerlah termasuk hanya mencatat bilangan ahli seba­nyak 70,000 sejak ditubuhkan pada Mac 2017.

Usaha Srikandi itu mungkin juga akan berjaya apabila mendapat talian hayat daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Bersatu.

Dr. Mahathir mengumumkan bahawa kerajaan akan te­rus membantu wanita terma­suk memperbesarkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) walaupun sebelum ini ada cada­ngan untuk menghapuskan agensi yang telah banyak membantu golongan berkenaan.