Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan berasa terkesan dengan kritikan negatif rakyat Malaysia tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung Lynas yang memberitahu, pada masa sama, Jepun merupakan negara yang meminjamkan wang kepada Malaysia dalam bentuk Bon Samurai.

“Saya ingin maklumkan Jepun merupakan benefisiari mutlak daripada hasil unsur nadir bumi (REE) kilang Lynas.


“Jadi, mungkinkah pelabur-pelabur di Jepun akan berdiam diri sekiranya Lynas tidak dapat meneruskan bekalan REE kepada mereka,” katanya dalam surat terbuka kepada rakyat Malaysia yang ditulis dari Makkah, malam tadi.

Fuziah menambah, sekiranya Malaysia tidak meluluskan lesen operasi Lynas ia akan mengakibatkan industri hiliran di Jepun akan lumpuh.

“Bayangkan keadaan tersepit yang kita berada kini,” ujarnya.

Semalam, kerajaan dilaporkan akan mengumumkan keputusan memperbaharui lesen operasi Lynas di Gebeng selewat-lewatnya 15 Ogos ini.- UTUSAN ONLINE