NORIZAN KASBI
NORIZAN KASBI 

Malah bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Bakri itu, memaklumkan, dirinya ditakdirkan terpaksa berkerusi roda sejak terlibat dalam nahas jalan raya ketika membantu jentera parti UMNO menjayakan kempen pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada tahun 1999.

Menceritakan detik hitam itu, Norizan memberitahu, dia ketika itu dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju Lahad Datu, cuba mengelakkan diri daripada melanggar kenderaan lain namun terbabas sebelum jatuh gaung.

“Akibat kemalangan itu badan saya lumpuh dari paras dada hingga ke kaki tetapi saya reda dan menerima kentetuan ini.

“Walau bagaiamanapun, saya tidak menjadikannya sebagai alasan untuk terus berbakti kepada parti tercinta ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Jelasnya, hampir setiap tahun, dia tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai perhimpunan ini walaupun terpaksa datang dari Muar, Johor.

Dalam pada itu, Norizan turut memberitahu, gelora untuk berjuang demi parti masih membara biarpun parti disayanginya kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kejatuhan parti tidak pernah mematahkan semangat saya, sebagai ahli, kita perlu berikan sokongan.

“Walau macam mana pun keadaan parti, saya tetap akan menggagahkan diri demi perjuangan parti,” katanya.