Selepas mendapat kecaman warga maya meskipun telah menyunting hantaran itu, beliau bagaimanapun memadam sepenuhnya hantaran tersebut yang dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Pada awal hantarannya memberitahu, tindakan itu adalah bertentangan dengan rancangan dasar negara jiran yang mahu memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar muda.

“Sedang Menteri Pendidikan di negara-negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar-pelajar muda, jangan kita menyapu tahi lembu di wajah kita dengan memperkenalkan khat. Tolonglah,” katanya.

Beliau mengulas ketegasan Kementerian Pendidikan untuk meneruskan pelaksanaan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 pada tahun 2020 - UTUSAN ONLINE