Setiap ahli mempunyai hak dan pandangan masing-masing untuk memberi pandangan dan buah fikiran. Tak timbul isu biadab dan tidak mempertahankan keputusan parti.

Namun kerana Faizah adalah bekas anak didik Zuraida yang mempunyai agenda tersendiri, mungkin gagal memahami maksud sebenar cara seni politik yang professional.

Oleh sebab itu lah, kita dapat lihat kenyataan melabel ‘mak lampir tidak bertuan’ suatu tindakan yang tidak matang di dalam kenyataannya. Apa pun, saya ingin nasihatkan, Pakatan Harapan masih di tahap diuji dan rakyat sedang menilai pretasi kita. Pelbagai fitnah sedang ditaburkan dan yang peliknya kita menyerang sesama kita dan bukan membantu untuk menjaga nama baik Pakatan Harapan. Bukan ini yang rakyat mahukan selepas memberi undi pada kita.

Kena ingat apa saja keputusan parti komponen di dalam Pakatan Harapan mampu membawa kesan pada reputasi kerajaan sekarang. Tidak salah sekadar memberi pendapat untuk pecat Haziq (Haziq Abdullah Abdul Aziz), kerana Haziq telah sengaja memburukkan parti dan Pakatan Harapan. Melainkan Haziq menafikan maka tak akan jadi pekung untuk dikatakan sebagai memalukan nama baik parti, tapi yang berlaku sebaliknya.

Apa rakyat akan fikir kemudian? Adakah kita menyokong perbuatan yang dibanggakan Haziq yang dengan rela dan bangga mengakui dialah salah seorang lelaki yang melakukan aktiviti semburit tu? Adakah itu yang Faizah pertahankan?

Kita juga jangan terlalu bersifat defensif. Jangan gelojoh dalam hendak mengampu tapi lupa konteks sebenar apa yang cuba disampaikan Zuraida adalah untuk menjaga nama baik parti. Hanya orang waras saja boleh memahami apa yang Zuraida cuba sampaikan. Inikah generasi yang kita mahukan? Kita jangan mengikuti cara UMNO sengaja membiarkan sesiapa saja yang mengaku buat pekara sumbang berlegar merata dalam parti. Ini tak masuk akal.

Penulis ialah Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat

Penulis juga lebih dikenali sebagai Ratu Naga

* Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Utusan Online