IR. KHAIRIL NIZAM

Menurut sumber, Khairil Nizam dipilih sebagai ketua baharu sayap itu selepas menang jawatan tersebut tanpa bertanding.

Pemilihan beliau akan diumumkan secara rasmi bersama senarai Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Pas Sesi 2019-2021 esok.

Muhammad Khalil yang mengetuai sayap itu sejak 2017 tidak berhasrat mempertahankan jawatannya dalam pemilihan kali ini bagi memberi ruang dan peluang kepada kepemimpinan baharu.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Dr. Mohd. Fuad Mohd. Salleh berkata, nama Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang baharu akan diumumkan kemudian bagi memberi kejutan kepada ahli dewan berkenaan. - UTUSAN ONLINE