Abdul Hadi sete­rusnya menyifatkan kenyataan Menteri Kewangan itu sebagai orang dalam ketakutan setelah melihat pe­nyatuan ummah Melayu khususnya antara UMNO dan Pas.

“Saya rasa itu ketakutan dia bila lihat berlaku kepada orang Melayu. Dia tak boleh guna orang

ABDUL HADI AWANG
ABDUL HADI AWANG 

Melayu untuk kepentingan politik dia. Itu ketakutan dia dan pada kita, kita tak abaikan kaum lain.

“Kita menerima konsep jau su lii, pendatang dibawa oleh British. kita terima hakikat ini. Sepatutnya kaum lain hargai jasa orang Islam terima mereka jadi rakyat, hak beragama, hak berbahasa pun. Sepatutnya mereka kenang budi, tapi nak mintak lebih lagi, ini tak patut,” katanya.

Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengimamkan solat sunat dhuha dan menyampaikan tazkirah kepada penjawat awam di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mahu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak Guan Eng daripada barisan Kabinetnya.

Beliau menganggap ke­nyataan Guan Eng itu sekali gus mengesahkan DAP se­bagai sebuah

TAKIYUDDIN HASSAN
TAKIYUDDIN HASSAN 

parti yang bersikap cauvinis dan tidak demokratik, walaupun nama parti berkenaan diterjemahkan sebagai ‘Parti Tindakan Demokratik’.

“Sebagai seorang pe­mimpin sebuah parti yang telah lama wujud, Guan Eng sepatutnya mengambil langkah yang sama untuk menyatukan masyarakat bukan Melayu terutamanya kaum Cina untuk kepentingan negara, bukannya mengapi-apikan perkauman sempit yang boleh ‘membakar’ negara.

“Pas melihat kenyataan Guan Eng itu amat berbahaya kepada keharmonian, perpaduan dan semua sistem yang ada dalam negara ini. Justeru, saya menyeru seluruh rakyat yang cintakan keamanan dan kerukunan agar membuat laporan polis terhadap Guan Eng kerana mengha­sut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.