Wakil Pemuda UMNO, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, melalui kekalahan itu, pemimpin dan akar umbi parti termasuk komponen dapat muhasabah diri bagi memperbetulkan keadaan.

Jika tidak, jelas beliau, sudah pasti parti akan terus hanyut dengan budaya angkuh dan mendabik dada tanpa memperdulikan perihal rakyat.

"Pokoknya di sini kita tidak perlu bersedih, kita tidak perlu kemaruk kuasa apabila hilang kerajaan kerana apa, rumah kita pun masih bocor sana sini.

"Kekalahan ini juga memberi ruang kepada rakyat untuk menilai kerajaan yang ada ketika ini," katanya ketika membahas usul ucapan dasar Presiden, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE