Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kehadiran yang ramai itu adalah satu pernyataan bahawa ahli parti itu menyahut seruan para pemimpin supaya bangun dan menyusun semula gerak kerja politik di semua peringkat.

“Ada yang kata, UMNO akan berkubur tidak lama lagi. Jangan kecewa atau putus asa dengan kata-kata seperti ini.

“Kekalahan kita (dalam ) sepatutnya menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk kita semua bangun serta bangkit semula menyusun langkah baharu ke hadapan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Seremban di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini hari ini.

MOHAMAD HASAN (tengah) bergambar bersama perwakilan dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Serem

MOHAMAD HASAN (tengah) bergambar bersama perwakilan dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Seremban di Wisma UMNO Negeri Sembilan di Seremban hari ini. - UTUSAN ONLINE

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mustafa Salim; Yang Dipertua Pas Kawasan Seremban, Mohd. Fadhli Che Me serta lebih 400 perwakilan daripada 71 cawangan UMNO dalam bahagian itu.

Mohamad berkata, kekalahan UMNO dalam PRU-14 perlu dianggap sebagai satu nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada ahli parti berkenaan.

Katanya, nikmat tuhan bukan hanya dalam bentuk senang dan kaya tetapi juga susah dan miskin.

Jelasnya, nikmat kali ini ialah orang Melayu telah sedar bahawa kekalahan tersebut antaranya berpunca daripada mereka yang tidak bersatu, berpecah belah dan bersengketa sesama sendiri.

“Sekarang kita telah lihat saudara lama (Pas) yang telah terpisah kira-kira 60 tahun lalu kini telah bersama-sama dengan kita.

“Ia sepatutnya membuka mata kita. Tidak mungkin lagi kita tidak duduk bersama-sama dalam kesatuan yang kukuh,” ujarnya.

Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri meminta semua pemimpin dan ahli di bahagian UMNO Seremban berpakat dengan baik bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, kesepakatan itu penting bagi membolehkan usaha merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Lenggeng dan Sikamat membuahkan hasil. - UTUSAN ONLINE