Ini kerana, menurut beliau, kempen ‘Beli Produk Muslim Dulu’ adalah langkah inklusif dan kompetitif dalam konteks perniagaan yang harus dilihat secara positif dan bukannya sebagai kempen ‘Boikot Barangan Bukan Bumiputera’.

“Kajian menunjukkan kempen sokong produk muslim akan membawa kesan positif kepada limpahan ekonomi yang lebih luas.

“Ia pastinya akan banyak membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dan luar bandar serta menjadikannya lebih berdaya saing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Takiyuddin berkata, usaha tersebut turut memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat terutamanya golongan belia yang masih tidak memiliki pekerjaan.

“Langkah ini juga membawa kepada kitaran ekonomi ummah (termasuk bukan islam) yang lebih progresif umpamanya dalam hal zakat, sedekah, waqaf dan seumpamanya.

“Oleh itu, Pas menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk turut membantu menjayakan langkah yang murni ini,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE