Muhammad Aiman,30, merupakan menantu kepada penyandang DUN Semenyih, Allahyarham Bakhtiar Mohd. Nor.

Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan pencapaian kelas pertama.

Anak tempatan Semenyih itu juga merupakan Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Hulu Langat.

Pengumuman calon PH itu dilakukan oleh Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di Taman Pelangi Semenyih, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE