Malah, wakil pergerakan itu, Latteffah Aliyaru Kunju berkata, pucuk pimpinan perlu memastikan golongan itu tidak boleh menjadi ahli UMNO selama seumur hidup mereka.

“Biarlah kita berdikit-dikit dalam mengharungi masa susah ini bersama, ahli-ahli yang setia bersama parti sahaja yang patut dijulang sebagai pejuang. Inilah masanya kita mengenali pejuang sejati.

“Saya yakin dan percaya pucuk pimpinan akan bertegas dalam hal ini dan perlu mengemaskini Perlembagaan UMNO untuk dikenakan tindakan kepada pengkhianat perti demi memartabatkan UMNO dan orang Melayu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Terdahulu, beliau telah membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Latteffah Aliyaru seterusnya berharap pucuk pimpinan untuk segera menggariskan hala tuju parti agar ahli UMNO di peringkat akar umbi dapat bergerak dalam memastikan parti terus diterima sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat.

Sementara itu, kata beliau, selaku tulang belakang parti, Wanita UMNO turut memohon Ahmad Zahid agar tidak lagi diistilahkan sebagai ‘pergerakan’ tetapi diiktiraf sebagai ‘Wanita UMNO’ sahaja yang diapit oleh dua sayap pemuda dan puteri.

“Kegigihan dan kesetiaan Wanita UMNO tidak dapat dipertikaikan. Sejak tertubuhnya UMNO, hak-hak wanita telah diperjuangkan secar konsisten oleh Wanita UMNO sehinggalah kepada era kepimpinan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan disambung Datuk Dr. Noraini Ahmad hari ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE