MARZUKI YAHYA
MARZUKI

Sebaliknya secara berseloroh merujuk sekolah rendahnya. Sebabnya tidak jauh dari pekan Bedong, Kedah ada Ladang Harvard dan ada sekolah yang dinamakan sempena nama ladang itu.

Begitu juga dengan Cambridge dan Oxford. Bukan sahaja ada pusat tuisyen atau pusat pengajian bahasa yang dinamakan Cambridge bahkan tadika pun ada dan antaranya di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Namun ini berbeza dengan cerita sekolah di Ladang Harvard, Kedah sebaliknya tadika Cambrige atau pusat bahasa Cambridge diberi nama sebegitu sempena mengambil nama sebuah universiti terkemuka di dunia iaitu Cambridge University.

Sebab itu dalam media sosial, ada yang membuat lawak yang beliau juga lepasan Cambridge tetapi bukan merujuk Cambridge University tetapi Cambridge Kindegarten, Segambut.

Jadi apabila Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya menjelaskan yang ijazah beliau dari Cambridge AS dan bukannya UK, satu dunia bagi perhatian.

Dari media dunia ketiga seperti Vietnam dan Myanmar sehinggalah ke UK dan AS melaporkan meluas berita ini. Bagi mereka, ini ada sesuatu tidak kena, seperti ada kaitan dengan apa yang dipanggil ‘Diploma Mill’ iaitu kilang mengeluarkan sijil, bukan universiti.

Satu tips untuk mengesan kilang sijil ini adalah pusat pengajian tinggi yang mengeluarkan sijil itu mengambil nama sempena universiti ternama dunia.

Mungkin Cambrige, mungkin Oxford, Harvard, Yale atau Princeton. Kadang-kadang ditambah nama atau dieja dengan sedikit berbeza.

Apa ada pada Cambridge? Singapura mempunyai lima menteri berkelulusan Universiti Cambridge, UK dalam Kabinet semasa republik itu.

Namun, itu tidak pun menjadi perhatian dunia. Kisah kelulusan Cambridge AS Marzuki sudah jadi bahan. Setakat ini tiada siapa boleh mengesahkan status Cambridge International University, AS.

Namun dari reaksi seorang pemimpin DAP hari ini, jelas beliau menunjukkan kegusaran dengan isu ‘ijazah dari kilang’. Kini apa yang patut dilakukan? Faham-fahamlah sendiri. Jangan lupa cerita siakap senohong gelama ikan duri. - UTUSAN ONLINE