DOMINIC LAU HOE CHAI
DOMINIC LAU HOE CHAI 

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, DAP juga perlu meminta Bersatu untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH) seperti yang mereka lakukan kepada Pas. 

“Sekarang DAP mesti menunggu arahan Perdana Menteri untuk segala-galanya. Sebanyak 43 Ahli Parlimen DAP cukup untuk menggegarkan rejim PH tetapi DAP tidak mempunyai kuasa sebenar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tambah Dominic, beliau menggesa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk memberitahu rakyat apa tindakan DAP sekiranya Australia tidak bersetuju untuk menerima semula sisa radioaktif dari kilang Lynas kembali ke negara itu. 

“Kami percaya bahawa peluang Australia untuk menerima sisa radioaktif nadir bumi Lynas adalah satu dalam ‘zilion’. 

“Ini kerana undang-undang Australia melarang sisa import asing. Adakah Malaysia mempunyai pengaruh yang besar untuk memujuk kerajaan Australia untuk melanggar undang-undangnya sendiri,” katanya. - UTUSAN ONLINE