Sehubungan itu kira-kira 30 ahli Dewan Muslimat Pas Sekijang bersama-sama Wanita UMNO Bahagian Sekijang membuat laporan di Ibu pejabat Polis (IPD) Segamat bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelaku.

Ketuan Dewan Muslimat Pas Kawasan Sekijang, Normala Sudirman berkata, tindakan pelaku bukan sahaja tidak boleh dimaafkan, malah menunjukkan masih terdapat rakyat di negara ini yang buta sejarah dan cetek ilmu mengenai kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menghina kesucian agama serta nabi Muhammad SAW kerana perbuatan seperti itu adalah perbiatan biadab dan boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini.

“Kita tidak mahu kententeraman yang kita nikmati hari ini tergugat hanya kerana perbuatan biadab segelintir pihak yang cetek ilmu dan tidak senang dengan perpaduan kaum di negara ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, perbuatan menghina serta memperlekehkan agama Islam sudah kerap berlaku.

Jika tiada tindakan tegas dikenakan terhadap pelaku, masalah berkenaan tidak akan dapat dibendung nanti.

Sementara itu, Katua Wanita UMNO Sekijang, Rohana Mohamad berkata, pihaknya mengutuk keras perbuatan menghina agama Islam dan mahu tindakan tegas diambil terhadap pelaku dengan segera.

“Kita sudah mempunyai peruntukan undang-undang yang jelas berhubung perkara ini, mengapa kita tidak mengunakan peruntukan undang-undang tersebut dengan sebaik mungkin.

“Kita harus membendung perbuatan menjadikan agama Islam sebagai sasaran secara tegas kerana umat Islam di negara ini tidak pernah bertindak mencemar mana-mana kepercayaan kaum lain selama ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE