Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kebanyakan daripada parti berkenaan telah memberi maklum balas positif terhadap jemputan tersebut dan pihaknya akan terus melakukan susulan dari semasa ke semasa.

“Jika ada parti daripada PH ingin menyertai perhimpunan ini, kita amat alu-alukan kerana objektif penyatuan ummah adalah bersifat nasional dan demi kepentingan rakyat pelbagai kaum dalam negara.

“Kami juga telah menyediakan tempat khas sekiranya pihak berkenaan mahu hadir ke majlis ini. Hal ini sudah cukup untuk membuktikan yang Himpunan Penyatuan Ummah ini tidak terbatas kepada UMNO dan Pas semata-mata,” katanya dalam sidang akhbar sempena Himpunan Penyatuan Ummah di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan. - UTUSAN ONLINE