Walau bagaimanapun jelas beliau, kadang kala tuduhan tersebut membuatkan tulang belakang UMNO itu sedikit terasa hati.

Seharusnya jelas beliau, kekalahan itu mesti digalas secara bersama dan dijadikan pedoman untuk terus bangkit memperbaiki kelemahan.

“Mungkin ada yang cari alasan mudah, bila sudah kalah, hendak letakkan kesalahan itu kepada kita.

“Kita akui ada kelemahan tetapi sebagai satu perjuangan yang besar, pasti ada robek sana sini dan bagi saya, ia harus jadi tanggungjawab bersama, jangan tuding jari kepada sesiapa atau Wanita UMNO sahaja,” katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Noraini bagaimanapun terus mengajak ahli-ahlinya untuk terus memahat iltizam agar roh perjuangan UMNO kekal dalam kalangan mereka yang masih setia bersama sehingga saat ini.

Dalam hubungan itu, beliau mencadangkan satu pasukan khas di peringkat kepemimpinan pusat diwujudkan dalam usaha menambah baik perkhidmatan kepada rakyat berasaskan kesesuaian faktor demografi setempat.

“Dalam perjalanan ini, kita bawakan satu tekad, satu semangat, satu iltizam, untuk bangunkan semula roh perjuangan UMNO kerana halamannya akan jadi rimbunan.

“Ini kerana orang Melayu perlu tempat berteduh dan Islam memerlukan pembelaan, maka itu saya sangat yakin UMNO tidak akan tersungkur sama sekali,” katanya. - UTUSAN ONLINE