Hishammuddin
Hishammuddin 

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, melihat kepada sambutan para perwakilan terhadap ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, beliau yakin dengan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan tertinggi parti.

“Semangat yang ditunjukkan di dalam dewan perlu dibawa kepada rakyat di luar sana khususnya untuk menarik minat golongan muda terhadap UMNO,” katanya ketika ditemui Utusan Online selepas mendengar ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE