Ketua Pergerakan Pemudanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti tidak pernah menafikan hak berkenaan sejak pembentukan Malaysia.

“Apa yang telah kita perjuangkan tetap akan diperjuangkan. Hak bumiputera Sabah dan Sarawak sentiasa berada dalam agenda UMNO dan Barisan Nasional sejak memerintah 60 tahun lalu,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO 2018 di Dewan Tun Dr. Ismail di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE